Tuesday, December 16

sampaikan pesanan ini

tolong beritahu dia,
tentang bicara hati sepi,
sayang mungkin berhenti,
rindu takkan mucul lagi,
jika berterusan begini.

tolong beritahu dia,
jiwa ini tak teguh,
perasaan ini tak utuh,
bila-bila boleh roboh.

tolong beritahu dia,
tiada saksi tika janji,
sumpah yang tiada bukti,
terlerai jika tidak diawasi.

6 comments:

pinkrain said...

mak cik !!! rindunya. boleh menulis sajak sekarang. indah rasanya.

Mardhiah said...

zeti ko ke tulis ni? walla aku nk pengsan dh ni. gila ah. gila ah. lama sgt duk in the hole ni..

kisahdreamer said...

does this means anything significant?

Hijrah said...

boss..macam ade masalah saja.

here's hoping that everything is okay with you and that i'm just overeacting. =)

Helmi Razali said...

weyh, zeti. apsal bunyik kronik je nih. sabar sabar... jangan emosional k. nnti kalo ada masa kita chat k.

dzalfina said...

i guess the words just flow more freely when u r depressed and stuck in a hole for too long