Monday, January 12

Walking down memory lane

"Happy Birthday Dzul Majdi"


oh, jangan tanya aku apa maksud nama dia. aku tak tahu. aku rasa mungkin dia pun tak tahu apa maksud disebalik namanya. dia abang aku. aku tak pernah cakap aku sayang dia. tapi aku tahu dia tahu sebab aku tahu dia pun sayang kat aku. walaupun masa kanak2 aku benci kat dia . aku ingat satu insiden mama tanya aku masa aku kanak2 riang,

"sapa yang paling nina jahat sekali?"
"Abang!" aku laju je jawab.

Aku benci dia lebih dari Mummra, (Villain si Thunder Cats - aku suka kartun ini). Sebab masa tu, akula mangsa tembakan jet2 pejuang ciptaannya. Aku selalu aja ditembak2 kasar. Aku juga mangsa buli dia. Cis!

Tapi bila dia dah masuk asrama, dia jadi baik sikit. Sikit je. Mungkin sebab dia rindu aku.

Aku banyak belajar secara tak langsung dari dia. Ada beberapa perkara yang aku ingat :

  1. Dia tak tipu mama kalo mama tanya dah solat belum. Dia sentiasa kena marah baru solat. Aku terfikir, kenapa tak bagitau je dah solat. tak la kena pukul. Aku buat kesimpulan sendiri, dah la dosa tak solat pastuh berdosa tipu mama plak. (Hebat tak pemikiran aku.)
  2. Dia sentiasa membangga diri dengan keputusan peperiksaannya. Dia perli2. Sindir2. Oh, dia memang berjaya membakar semangat aku dan adik2 yg lain.
  3. Dia tak pernak amik duit kalo tok bagi. Dia kata tok tua dan tak kaya. Mama abah ada. Kaya lagi. Kenapa nak ambil duit tok. Eh, kalo aku, orang bagi duit, rembat aje!
Lain, tak ingat. Lagipun kalo dia baca post ni, nanti dia riak plak.

Oh, masa mama kat NZ, abang eksiden. Kitorang lambat tahu. Abang tak sedar beberapa hari. Mereka bagitahu hanya lepas abang sedar. Sebab tanak mama risau. Mama risau lagi parah.
Kata mereka, abang cedera dalaman je. Muka dia herot. Dia bercakap jadi pelik. Mama kata sampai sekarang muka dia herot. Mama kata kalo dia gelak, huduh sangat. Doktor kata keherotan tu hanya elok dalam 4-5 bulan. Dia kena pegi fisio lagi. Lain2 dah ok.

Masa aku tahu, aku sedih sangat. Takut dan berdebar. Aku doa banyak. Takpela muka herot, asalkan baik hati.

Oh, abang aku single lagi, aku rasa. Hari ni hari lahir dia yang ke-26. Dia juga kaya raya.

p/s: post ni agak panjang dan extra honest.

5 comments:

Hisyam said...

Hope your bro is completely fine and will become handsome again very soon.

And sibling love. It's quite interesting. We can surely say I Love You to our parents, always say it to our special someone, and sometimes it's quite suitable for friends (especially bff for females). But siblings? It's always awkward to say it. Yeah because we are destined to hate each other so much on the surface but there's always a constant tide of love underneath the water. Cewah

mardotti zaaba said...

hisyam dont nag here.
nway zeti, ini ucapan utk abg ko

abe zul, ble muka dh tak herot, sy nk bkenalan bleyyyy?????

Helmi Razali said...

Aku doakan dia cepat elok. to abang zeti, cepat sembuh yeeee.

dah, insyaallah elok la tu.
Apa kata ko pedajal aku sekarang, ko kan ke villain bertauliah. Biar doa aku jadi makbul. Kan doa orang yang jadi mangsa cepat termakbul.

nadia-ady said...

dzeti...semoga abang ko cepat sembuh :)

Asma' said...

comelnya post ni. klu aku abg ko mesti aku happy adik aku jadikan aku subjek dlm blog dia. by the way aku dh memeriahkn blog ko ngn bendera germany. yay!