Saturday, October 2

Im all that and more

Sebagai seorang guru, aku kurang gemar akan penjual-jual di luar pagar sekolah. Selain daripada makanannya tidaklah dijamin bersih, mereka juga menganggu laluan keluar masuk. Seboleh- boleh nak jual depan pagar. Budak-budak dok la berkerumun.

Miss Dzeti nak balik awal pun susah. Dok risaukan budak-budak yang beli aiskrim tepi jalan. Kalau masa bulan puasa dulu lagi la baran je. Sedap je yang non-muslim dok menjilat aiskrim di tengah jalan. Sedangkan aku dok sibuk pusing strereng cuba mengelakkan diorang.

Tapi aku pun pernah menjadi murid. Aku pun pernah menjadi budak-budak yang beli kat tepi jalan. Aku pun selalu tak pedulikan nyawa demi ngejar aiskrim dalam roti.

Aku ada beberapa makanan kegemaran pada zaman persekolahan.Salah satunya satay ikan.

Satay ikan yang selalu jual kat sekolah tu? Yang di atas moto? Yang ada sos manis dan sos pedas?

Masa kanak-kanak riang, itulah makanan kegemaran. Sanggup tanak belanja waktu rehat sebab nak makan satay ikan tersebut.

Hari tu nampak jual kat pagar sekolah. Suruh HR pergi belikan.

RM3.

Puas aku makan.

Inilah nikmatnya menjadi seorang cikgu. Dapat re-live zaman kanak-kanak. Menikmati satay ikan setelah penat bersekolah. Oh yeah~

3 comments:

mardotti zaaba said...

smk taman yarl tadak satay ikan :( we only hav leongyokepeng

lovemenot said...

sekolah aku ada bubble milk tea jual kat pagar sekolah..sakan budak2 skrg.aku dulu beli ayaq sirap ja.

Hisyam said...

So terpaksa la cikgu lain putar2 stereng supaya Cikgu Hisyam tak dilenyek tika menunggu satay ikan siap.