Sunday, October 4

Malam ni HR akan jadi Mr Hyde lagi.

Aku rasa tahap kerabunan aku makin parah. Tapi aku sangat tidak gemar memakai alat bantuan penglihatan tersebut. Aku tak suka rasa dependent kepada perkara sebegitu. Ini kerana aku malas untuk membawanya ke mana-mana.

Aku mendapati sangat sukar untuk aku nampak slides show lecturers tanpa alat bantuan penglihatan yang mana aku sentiasa tertinggal. Aku juga jarang nampak jikamana ada orang yang melambai dari kejauhan. Aku akan kecikkan mata aku sekecik-keciknya untuk fokus. Melihat siapa gerangan yang melambai. Kepada aku kah?

Haish, dah la aku tak berapa kenal orang.

Mahu alat bantuan baru. Yang lebih glamour. Yang mana aku takkan tinggalkan dan sentiasa pakai.




p/s: Klik sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang sindrom Jekyll and Hyde HR.
p/p/s: Malam ni ada konsert NOFX dan Bad Religion di Auckland



3 comments:

A Z R E E N said...

Pakai lens la syg. Tak perlu terlupa. Time nak keluar, make- up, terus pakai.

mermed Z... said...

pki spec bkn dependant la yang....
gni lar..ltk spec n kotaknye jz dlm beg kuliah sajork...mcm sy bt(psst T, dlu bahasa kan dri aku-ko ke sy-awak ke pe ehh?lupe sudey...n sgt janggal..maap..), xpn, cm qoyink ckp, pki lens trus...

owh da tules 1 perenggan pasal ry undr tjuk first line generation...

alfina said...

azreen. ntah r. mcm takut nak pakai lens. lgipun rasa mcm extra pandai kalo pkai spek. sengal kan?

mermed. (aku-ko la. aku tak reti saya awak ni.)