Wednesday, October 7

Language or Linguistics

Harituh terdengar perbualan dua makcik di tempat kerja. Eavesdropping sebab aku malas mendail. Depa sembang dan bertukar pendapat tentang kemungkinan sebab-musabab orang-orang yang tak cekap berbahasa Inggeris berhijrah / menetap di negara yang populasinya menggunakan bahasa tersebut.

Aku dengar makcik A bising-bising, kalau tak reti cakap, kenapa nak menetap jugak? Macam mana nak komunikasi atau hidup dengan keselesaan di negara ini. Makcik B mengiyakan ja. Dia sokong pendapat makcik A. Kemudian aku dah tak ambil pusing sebab aku sambung ja mendail tapi kejauhan aku dengar jugak makcik A tetap sambung membebel tak puas hati (komplenje keje ko ye makcik, dail tanak~).

Tapi, aku selalu juga terfikir tentang persoalan itu. Terutama kalau lepas mendail ke rumah-rumah manusia yang hanya cakap, "No English!" dan megulangnya untuk sepuluh kali ketika aku sudah penat membebel. Yang memang betul-betul tak faham. Kalau makcik / pakcik tua, mungkin boleh la kasi peluang sebab mungkin diorang ikut anak-anak berhijrah. Yang muda-mudi ni. Haish~

Aku tahu tentang isu walaupun tak boleh berbahasa Inggeris, seseorang tetap boleh maju. Banyak peniaga di sini pun yang bukan orang NZ. Boleh saja untuk hidup. Tapi kalau kita nak menetap di satu negara tersebut, haruslah tahu bahasanya atau sekurang-kurangya tahu lingua franca, yang mana selalunya bahasa Inggeris. Penting kot komunikasi ni~

Itu hanya pendapat aku lah kan.

Lagi yang aku tak setuju, bilamana kanak-kanak muda dari negara luar di hantar ke NZ untuk belajar. Kononnya, sistem pendidikan di NZ sangat bagus dan cemerlang. Itu bukan isunya,baguslah kot sistem pendidikan tersebut.

Isu yang aku hairankan ialah sanggup makbapak kanak-kanak tersebut habiskan wang juta-juta untuk hantar kanak-kanak ini jauh-jauh demi tuntut ilmu. Belajar bahasa Inggeris. Belajar pelbagai ilmu. Selalunya, mereka akan dihantar seorang diri (tanpa keluarga dan akan tinggal di homestays) pada usia muda. Bagi aku, sesetengah kanak-kanak ini terlampau muda. Tak boleh beza baik buruk lagi.

Sesetengahnya pula terlampau kaya. Spesis bodoh sombong. Aku tak kisah kalau yang datang jauh-jauh, hantar dengan wang jutaan ringgit jika kanak-kanak ini betul-betul rajin belajar. Sanggup bersusah payah dan mencari ilmu. Ini tidak, dengan sombongnya, bodoh lagi, memang mintak penampar. Ini bukan semua la. Yang tertentu saja. Membazir saja wang juta-juta kalau apa cikgu ajar kau tak amik peduli dan apa cikgu suruh kau tak patuh. Itu aku kurang peduli - gasak kau lah!

Aku lebih pentingkan tentang yang kanak-kanak ribena yang sepatutnya riang ini. Apabila minda-minda muda ini dihantar ke NZ, mereka memang kebanyakannya memang fresh mindanya. Hantar dengan bahasa Inggeris yang hampir zero levelnya. Tahap kematangan pun rendah yang amat. Kalau betul pun NZ ni bagus sangat sistem pendidikannya, takkan lah hantar kanak-kanak ini begitu sahaja. Muda sangat plak tuh.

Aku simpulkan, kalau mereka ni betul-betul muda, mereka macam belum boleh lihat keberkesanan atau pengorbanan makbapak mereka lakukan semata-mata nak beri peluang untuk anak-anak belajar di luar negara. Mungkin tunggu mature sedikit baru hantar ke negara yang asing kepangkuan orang yang tak dikenali.



Sedangkan aku yang ke NZ pada umur 21 pun meraung dan menangis, inikan pula kanak-kanak hingusan tersebut.

2 comments:

Unknown said...

ko menangis? zeti, aku dh dpt 'the perfect dress' hehe

alfina said...

ye aku menangis. sekian terima kasih