Aku memang kurang gemar dengan semut. Tambahan pula yang banyak-banyak buat perkampungan di kawasan aku.
Pada satu hari, tengah lelepak ngan HR depan laptop dia. Dia tengah buat-buat sibuk. Aku pun sibuk untuk menyibuk. Tengah rancak menyembang, aku nampak seekor semut lalu atas laptop dia. Aku dengan pantas menyuruh HR membunuh semut tersebut.
HR buat tak layan. Dia teruskan dengan aktiviti kosongnya. Aku cakap lagi, semut tuh perlu dihapuskan. Dia tanya, agak-agak seekor semut boleh jahanamkan sistem dalaman laptop ke? Aku malas nak layan soalannya dan aku membuka langkah untuk menamatkan riwayat semut itu. HR menghalang, dia kata, "Semut ni I bela. Nama dia Shukri".
Aku tergamam.
Iyer, dia bela semut tersebut. Dia simpan dalam laptopnya.
2 comments:
Bukan semut aje yang ade...
erkkkkk.bela semut?????? omg.
Post a Comment