Monday, May 25

violet is my colour

kalau awak merajuk,
saya cuba pujuk
kerana saya tak gemar
bersama dalam gelap
dan muram.

kalau awak merajuk,
saya cuba pujuk
dengan pelbagai cara
supaya awak kembali ceria
dan ketawa

kalau awak merajuk,
saya cuba pujuk
agar saya tidak gusar
hari berjalan lancar
senyuman kembali terpancar

kalau awak merajuk,
saya cuba pujuk
tapi awak tetap masam
saya akan kusam
berendam luka dalam

kalau awak tetap merajuk,
saya akan berhenti pujuk
saya pula akan merajuk
biar awak yang pujuk
kerana saya sudah jauh terperuk.

2 comments:

faris said...

wah,sudah mula nk berpuitis nmpk..hahaha

Cikgu Puaka said...

amboih. ni sape pulak merajuk2 ni