Niat di hati nak ringankan kepala lepas esaimen yang tak berhenti, malam tanpa lena dan kelas yang bertubi. Mungkin melakukan aktiviti yang dalam golongan senarai harga yang berpatutan, mengikut kemampuan.
Ajak HR. Aku kata, "Jom unwind jom!"
Dia kata, "Ok. "
Dia memang macam tuh. Mudah. Oh tak, sebenarnya dia jenis yang suka berjalan-jalan, merepek dan just hangout. Berjuta kali ajak aku pergi picnic, ada la sekali dua aku layankan. Sejuk ma~ Apahal nak makan di luar?
Selepas beberapa lama, kitorang bercadang untuk ke wayang. Tapi aku tiada apa-apa cerita yang betol-betol aku teringin tengok kerana Public Enemies dah habis tayangan untuk hari tersebut. HR pilih cerita pengarah kegemarannya, si Quentin Tarantino. Aku layankan aja. Aku hanya mahu chill~
Oh cerita tersebut ada Brad Pitt. Tetapi cerita itu tidak lah merehatkan minda seperti yang aku harapkan. Tapi, BEST gila. Banyak adengan yang memWOWkan aku dan cukup banyak scence yang membuatkan aku beristigfar (Bagus kan, di mana2 tetap ingat Pencipta).
Sesetngah babak lawak gila. Dan I love every bits of it. Aku bukan jenis yang enjoy tonton cerita yang perlukan subtitle, tapi cerita ini sangat memberangkan minda. Tapi aku tegaskan bukan untuk rehatkan minda lah. Kerana setiap saat aku akan bersedia untuk menjerit.
Pergilah tonton ya. Tajuk cerita ialah Inglourious Basterds. Aku bagi 8.74/10.
Aku masih belom tidur ya~
5 comments:
I beg to disagree!
8.74?
Such movie deserves at least 8.86!
memberansangkan minda
bukan memberangkan minda
haha. tak perasan plak.
berang pun ok wat..
ye a hisyam. apa2 rating anda la.
Post a Comment