Saturday, September 26

Ini bukan kisah si Tanggang

Orang kata kalau kutuk-kutuk jangan sekali libatkan makbapak.

Orang kata lagi, kalau dia berperangai *sedemkian jangan nak salahkan makbapak.

Setuju.

Lagipun, kita tak kenal sangat pun makbapak dia. Tak tahu pun macam mana makbapak dia didik dia. Tak pasti pun punca perangai *sedemikian. Mungkin makbapak dia dah nasihat banyak-banyak kali. Tapi dia degil.

Kalaupun itu salah makbapak dia, kalau dia dah dewasa maka dia dah ada pemikiran sendiri. Haruslah gunakan akal itu untuk memilih tidak mngikut jejak langkah makbapak. Dan kalau buat salah, pandai-pandai la tanggung sendiri dan jangan nak salahkan orang lain. Atau cuba rasionalkan perbuatan* sedemikian. Terutama didikan makbapak. Lainla kalau, dia adalah kanak-kanak ribena lagi.

Lagipun, bila dah besar panjang, tak ramai makbapak yang betol-betol tahu apa aktiviti anaknya. Tambahan akitiviti *sedemikian. Bukan sebab tak amik tahu tapi lebih kepada anak-anak tanak beritahu atau jenis yang beritahu separuh-separuh saja. Tambahan yang jauh di mata.

Anak-anak pulak, jangan lupa, kita sentiasa membawa nama makbapak kita. Terutama di kawasan orang suka bergossip. Setiap tindakan, pastikan kita sentiasa menjaga nama baik mereka. Berfikir sebelum bertindak.

*sedemikian = letaklah perangai yang tak elok yang kau mahu.


5 comments:

Nigel J. W. Ong said...

hi pasal siape nie?

lovemenot said...

hahah..rileks2.aku ngak tau pasepa..tp,rileks,k?muahh~

alfina said...

no one in particular. read in someone's blog and I tot it would be interesting to comment abt it in my blog.

Just my view on stuff.

pika pikah said...

tangkap belut can jd *sedemikian??? lol

alfina said...

can2. ofkos can.

lepas dapat tangkap buat apa?