Ko tahu tak aku tak pernah sibuk sangat-sangat kat sekolah sehingga tak makan. Sehinggalah semalam. Ke hulu-hilir menguruskan kanak-kanak tingkatan lima yang akan SPM. Memanglah aku guru kelas untuk pelajar Tingkatan 5A7 (kelas hujung), aku pun merajinkan diri mengambil 25 orang lagi anak tiri 5S2. Kesian, ibu mereka bersalin. Menguruskan perihal SPM yang remeh-temeh. Jamuan hujung tahun. SPBT. Yuran sekolah. Aku jugak berkerjaran membuat ujian lisan untuk tingkatan dua yang sangatlah last minute, I lupa uolls~ Kanak-kanak tingkatan dua ini juga akan periksa akhir tahun, terkejarlah aku lagi. Itulah nasib diri kerana CRK yang lama minggu lepas atas sebab peribadi. Nasib baik kanak-kanak tingkatan empat dah tamat peperiksaan BI dan dah tutup buku. Kertas peperiksaan mereka pun dah siap tanda.
Aku hanya rasa lapar sangat apabila dah masuk kereta dan menyamankannya dengan penghawa dingin. Dan aku perlu berkejaran lagi untuk pulang ke Kuala Lumpur tercinta pada pukul 2.00 petang. Maka, aku pun tak pedulikan perasaan lapar kerana aku akan pulang.
Happy Diwali~
No comments:
Post a Comment