Saturday, November 22

hari aktifku

hari ni adalah hari paling aktif untuk diriku. walaubagaimanapun, hibernasi tetap berlaku sebelum itu.

pergi gym di tingkat bawah. naik *mendaalah tu selama 20 minit. peluh menitik2. dalam sebuk menggunakan mendaalah itu, aku rasa seram jugak. gym tingkat b1. dekat area buang2 sampah, parking kereta, tingkat basement kot. seram ok, sorang2 kat bwah itu. dengan muka serabai. tapi saya suka kerana rasa diri ini berfungsi seketika.

petang sket, pergi mandi kolam. kolam yang dalam dan luas. oh, free jugak. rasa seronok dapat berenang2. bergurau senda. berendam2. berenang berirama. bergediks2. bergumbira. kemudian, ke jakuzi dan ke sauna. oh, sungguh bahagia.

malam sket, masak2. makan2. tonton2. dan menulis.

dan hari ini adalah hari gembira yang berpeluh.

*mendaalah = mesin di gym utk bersenam yang aku tatau nama scientific nya

~paperheart~

1 comment:

Fatin Nordin said...

mne dpt jakuzi n sauna?